salam kawan2.~...... "OUR GREATEST glory is not IN never failING,BuT In rising uP EVerY tiME we Fail".......Happy alwayz!!i love u!!.
RSS

Pages

Wednesday, November 30, 2011

30/11/2011

Semakin hari, semakin jadi tak keruan, sedih.
wahai kucing comel, tgh sedih ek??samalah kita. jom kita kawan.huhu
di tepi pantai yang indah..aku duduk berdiri seorang diri..suasana hampa...
*dulu pernah berangan kalau dah keja dan ada duit nak pergi bercuti kat tempat yang cantik, tenang, udara yang nyaman, ada pokok2 hijau yang mampu tenangkan fikiran..nak pergi sorang diri je.xnak orang kaco..bila agaknya ek?InsyaAllah..*kalau bercuti kat pantai pon best jg. rindunya pantai. rase nak balik kg dan nak duduk tepi pantai sekarang jg ;(

*semakin hari, semakin rasa seram sejuk...ini semua dugaan Allah buat aku..aku redha. kalau boleh taknak dengar lagi apa2 info ttg perkara itu. thanks kawan2ku..gud nite.*

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sunday, November 27, 2011

love

Ya Allah..
Aku rindu dia..
Aku ingin mengenali hati budi dia.
Dalam diam, aku mencintainya ..
Walaupon dia tak tau perasaan ini terhadap dirinya
Namun, tak dapat aku halang perasaan ini..

Ya Allah, aku cinta dia......
Maafkan aku kerana telah jatuh cinta kepadanya. Tunjukkanlah jalan yang terbaik untukku...

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 bulan yang lalu..

Salam Tahun Baru Hijrah 1433 H kepada semua.Semoga tahun ini diri ini menjadi seorang yang lebih beriman, lebih matang, lebih tabah dalam menghadapi segala cabaran, lebih penyabar dan semoga rezeki akan semakin bertambah. Yang paling penting semoga jodoh cepat sampai, sebab teringin sangat menjadi isteri yang solehah.HEHEHE..Berhijrah ke arah kebaikan.InsyaAllah.
Semalam tarikh 26.11.2011..rupa-rupanya dah 2 bulan sy konvo.  Dan sekarang sedang menunggu gaji ke-2 masuk. Syukur alhamdulillah. Skrang terkenang kembali tarikh 26.9.2011.hehe.dah lama buat entry ni, tapi lupa nak post sbb busy sangat. Inilah gambar2 konvo sy. Enjoy it..

















Menerima ijazah sarjanamuda drp Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul 
Khusus Tuanku Muhriz Bin Almarhum Tuanku Munawir



cigu.....chakkk.. :)
rindunya waktu study zaman muda-muda dulu :)
bye.

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tuesday, November 22, 2011

:)

Ku sedar ku tak seberapa

Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya

Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya

Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan

Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan

Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya

Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya

Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja 

p/s: suka sangat lagu ni. pertama kali dengar sountrack citer tu dah mula berkenan. Bila dengar lirik dia, bertambah jatuh cinta....sungguh bermakna  :)

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Monday, November 21, 2011

lelaki hensem

lelaki hensem pada pandangan sy adalah seperti ciri-ciri di bawah:

*Lelaki yang beriman, baik. (tApi susah nak tahu seseorang tu baik ke tak..)

*Lelaki yang hormat orang yang lebih tua daripadanya.

*lelaki yang sangat sopan dan pandai ambil hati mak/ibu kandung dia sendiri. pandai bergurau senda dengan mak dia. (hensemnyeee..

*tak tinggal solat. Especially solat Jumaat. Sbb kita boleh tau dia pergi solat Jumaat ke tak. Kalau solat wajib yang lain kita tak tau. Contoh: Hari Jumaat waktu orang tengah solat Jumaat, kita tengok ada lelaki Islam tengah makan @ lepak2 kat kedai..pada pandangan saya--> ee tak hensemnye laki ni..ye dop?? ;)

*lelaki yang "gila bola". Pandai main bola dan minat bola. Kalau tak pandai main bola pon xpela asalkan dia minat bola..(macam sekarang, ada Match MLSIA & INDO, kalau lelaki tu hensem, mesti dia tgh tgk tv sekarang :).. Btw, Machonye lelaki yang suke main futsal. Sbb laki macamni ada semangat bekerjasama dengan pasukan/kawan2 diorang. dalam masa yg sama, boleh sihatkan tubuh badan dan bakar segala lemak yang ada, sebabtu macho.hehe.

*lelaki yang "gila kereta". Fokus kepada yang dah keja sahaja. Sebab kalau tak keja lagi, mungkin tak mampu nak pakai kereta. Faham2 sendiri jela..

*Lelaki yang suka kepada perempuan. Bukan gay. Sbb lelaki yang suka perempuan adalah lelaki sejati. Tapi bukan PLAYBOY okey. Maksud saya adalah : Lelaki yang suka kepada perempuan, dan ada niat untuk jadikan perempuan itu sebagai isteri dia yang sah..

*Lelaki yang berani.

banyak lagi, tapi malas dah nak taip.hehe.bye.

p/s: kalau muka raut wajah lelaki tu hensem, maka hensemla lelaki tu.sbg contoh adalah Fahrin Ahmad, hehehe. baby ni pon hensem. comeyy jer.


Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sunday, November 20, 2011

20.11.2011

Eh..cantikla tarikh ni 20.11.2011.sekali seumur hidup je jumpa tarikh ni. mesti ramai orang kawin pagi esok.he3.tapi bukan nak citer pasal tarikh, kali ni nak citer pasal usaha, doa dan tawakal.

Usaha itu tangga kejayaan.

jika kita mahu berjaya, kita perlu berusaha.
tak kiralah dalam bidang ape sekalipun, yang penting adalah usaha, disusuli dengan doa kepada Allah dan dilengkapi dengan bertawakal.

*nak dapat result cemerlang- perlu rajin berusaha (belajar bersungguh-sungguh)
*nak kaya-kena rajin bekerja
*nak muka cantik dan licin-kena rajin cuci muka, pakai krim..etc.
*nak bahagia-?
*nak jodoh yang baik-?
*nak anak yang soleh dan solehah-?
*nak rumah tangga bahagia-???

kesimpulannya, kita tidak akan terlepas daripada perlu berusaha, berdoa dan bertawakal. inilah resepi sebuah kejayaan..InsyaAllah dengan berdoa dengan sepenuh hati kepada-Nya, pasti doa kita akan dimakbulkan. Doa akan mendekatkan kita kepada-Nya. ..

Usaha, doa dan tawakal..insyaAllah..*semoga impian menjadi kenyataan*
mood : insaf ( -__ -) ..

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tuesday, November 15, 2011

kisah semalam.

Semalam aku selami hati dan perasaan seorang insan yang bergelar seorang ibu kepada 2 orang anak dan juga bakal menimang seorang lagi cahaya mata..sweet kan? dapat aku gambarkan indahnya hidup ini jika bersama orang yang menyayangai dan menghargai diri kita..aku happy dan bahagia apabila mendengarnya, tapi dalam masa yang sama, banyak perkara yang membuatkan aku berfikir dan terus berfikir…

Ya Allah..berikan aku kebahagian..
Kenapa sampai ke hari ini aku masih takot untuk membuat keputusan..
Aku insan yang lemah..
Hati ini menangis siapa tahu..
(sekarang dah ada orang tahu..mestilah orang yang tengah bace blog ni.kalau ada yg bace ;)

Sukarnya mencari seorang insan yang betul2 menyayangi diri ini. Teringin sangat nak kawin awal macam akak ni, umur 21 dah kawin, sekarang umur 29 dah ada 3 orang anak. Bestnya. Bila agaknya giliran aku pulak. Aku nak sangat rasa cinta sejati yang berkekalan dan aku rasa hidup ini akan lebih sempurna bila dah kahwin. Tapi apakan daya, tiada jodoh buat masa ni.

Semoga jodoh aku cepat sampai dan akan dipertemukan dengan seorang insan yang betul2 ikhlas menyayangi diri ini. Teringin sangat nak kawin awal. Teringat kata2 kawan : "Berkat umur seorang perempuan jika mereka berkahwin dan mempunyai anak di usia muda".

Sekian.

               
gambar: curik kat google...dah lama xletak gmbar.:)

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tuesday, November 8, 2011

08/11/2011

Ya Allah..adakah ini 'hidayah' buatku?..seandainya betul, aku bersyukur padamu ya Allah.

tapi dugaan ini agak besar buatku..

aku tak mampu untuk menghdapinya..

aku tak mahu mengecewakan seorang insan..

tapi seandainya ini adalah yang terbaik untukku..aku redha..

sukarnya merawat hati dan perasaan ini..

maafkan diri ini kerana terpaksa melukakan hatimu..

awak, maafkan saya..

*di persimpangan dilema...keliru..tak sanggup lagi menipu hati dan perasaan ini....

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tuesday, November 1, 2011

jasamu dikenang..

assalamualaikum..

sekadar luahan hati..

Minggu lepas saya dapat gaji pertama. Kali pertama dalam hidup dapat gaji hasil titik peluh sendiri.Yela sebelum ni asyik harap duit Ma&Ayah dan duit biasiswa JPA bgi je.hehe.Walaupon gaji xsebanyak yang JPA pernah bagi waktu muda2 dlu, tapi syukur sangat sebab saya mampu bagi duit kpd ma dan ayah sebagai    "gaji bulanan" utk ma dan ayah tercinta. InsyaAllah saya xkan mintak duit dengan mereka lagi lepas ni dan selagi saya kerja, ma dan ayah akan dapat gaji tiap bulan.. Alhamdulillah niat utk balas jasa ma dan ayah akan saya tunaikan. Itu je yang mampu saya berikan utk ma dan ayah buat masa ni.Walaupon jauh dimata, namun mereka tetap dekat di hati sampai bila2..

"MA, AYAH"..RA SYG MA DAN AYAH..(tiba2 je sebak..huhu)..

nangis.....

nangis...

ok dah!

p/s: teringat waktu sekolah rendah dulu. kalau cikgu tanya 'apa cita-cita kamu, matlamat hidup kamu' mesti ramai yg akan jawab nak jadi ***********###$$$$%%^^ dan nak balas jasa makayah..hehe. sekarang mungkin saya dalam proses tu kot, TUNAIKAN JANJI WAKTU KANAK2. hehe...;)

sebelum ni dapat slip macam ni jg tiap semester (slip result exam ), tapi kali ni lain skit, dpt slip gaji..sbbtu excited jakun skit.hahaha

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...