salam kawan2.~...... "OUR GREATEST glory is not IN never failING,BuT In rising uP EVerY tiME we Fail".......Happy alwayz!!i love u!!.
RSS

Pages

Saturday, October 29, 2011

lawaking

hye selamat pagi, mata mcam xnak berehat je sbb esok cuti..yahoooo.


kadang2 rasa kelakar juga, sambil kusyuk wat keja kat opis, tersenyum sorang2 dalam hati sambil control bajet lawa   , takot si jejaka2 sebelah kanan, kiri, depan, tepi depan, dan lain2 nampak saya senyum.hehe, yelah sebab kelakar sgt. :)


saya  tahu yang saya dah semakin tembam skrang, pipi dah semakin "sihat". tapi jgnla sampai buat lawak mcmtu.haha
hey uols, adeke patut "dia" kata muka saya ni sama mcm muka pelakon indon...???sape? -->dia ni pelakon indon yg glamor juga kot.tapi saya lupala nama dia pe.;)

huhu.tang mane yg same pon xtaula..dia jauh lebih cantik dan baik berbanding saya..

kelakar kan??

come on la "awk tu", jgn ingat kat opis mcm drama ketika cinta bertasbih k..hehe

p/s: eh2..mcm ade kaitan dgn  Entry ini :), tapi kali ini versi sebaliknya. kali ni orang lain pula kata saya sama dengan seseorang.

ok bye.



Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sunday, October 23, 2011

mengidam..

happy weekend!

saya sangat mengidam nak makan MCD or PIZZAHUT! huhu.

Minggu lepas mengidam nak makan MCD, bukan main ag pergi JUSCO semata-mata nak cari kedai MCD, tapi frust sangat sebab xde kedai kat ctu. A&W, Kenny Roaster, KFC semua ada, so saya bajet MCD pon ada la. Rupa-rupanya xde. Akhirnya terbeli Wendy;s dengan hati yang sangat kuchiwaa..nasib baik kenyang juga .hehe. Padahal area ofis ade je kedai mcd, tapi malas nak pegi ctu...

Minggu ni, sekali lagi mengidam nak makan mcd dan juga pizza. mane2 satu pon jadila. asalkan dapat. tapi nampak gayanye kena tunggu minggu dpan, tunggu gaji masyukkk.hehe. sabar ek wahai perut.~

*mengidam nak makan yg mahal2 je. kalah orang mengandung.hehe.
*bosannya arini. nak kuar rasa malas pula sbb semalam da kuar.

p/s: sekiranya memang hati dah tak yakin, ape gunanye utkku teruskan sesuatu perkara tu ek??sangat complicated..pening3..juz tunggu dan lihat jela ape yang akan berlaku nanti. ;(..semoga sentiasa dipermudahkan segala urusanku oleh-Nya. aminnn.

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sunday, October 16, 2011

dapat hadiah lagi .yeay :)

Saya memang suka join kuiz yang senang2. Tahun lepas saya menang RM1000 Suria fm (Kuiz Demam Facebook sURIA FM).minggu lepas saya menang kuiz EXPRESI KEMBARA rtm, dapat cd percuma. Minggu ni saya menang kuiz i-tech Ape Kata Wanita Bersama Zamzarina pula..hehe.thanks penaja. Thanks RTM. Alhamdulillah rezeki saya.

Hadiah ini saya nak bagi kat Ma kat kampung. Mesti Ma happy sebab dapat dapur baru. Yeayyy!.

p/s: ruginya terlepas tengok rancangan ni tadi. Jumaat da xdapat tengok sebab keja. Nak tengok mcmne akak Zamzarina sebut nama saya. Hehehe. 

* teringat pula waktu Kak Linda Onn sebut nama fb saya sebagai pemenang dulu2. Bestnye dapat RM1000 free2...rasa nak lagi.huhu.

esok keja. nak iron baju.bye3.gud nite~

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kenape ye? Same Tapi tak Serupa. Apakah Maknanye?

ermm. knape  muka bos, gaya bos macam ada iras-iras exbf aku dulu?huhu..bos sempoi..kalu tiba-tiba bos datang jenguk aku, aku pura-pura busy.padahal xdela busy sangat.haru biruuu jadinya. Tapi sebenarnya xdela sama pon, aku je yang terpikir macam dia.huhu. bos aku memang kelakar sebenarnya. suka bergurau. memang sempoi. kalau datang kat aku, mesti tegur aku dalam loghat kelate je. hehe. aku pon cakap je "bereh bos". hehe macam stay kat kg pulak. bos aku orang kelantan juga. Aku memang respek dia sebab dia seorang engineer dan businessman yang berjaya.

Kak Ayu pula sama macam Kak Yana, yang stay kat Putrajaya tu. Kak Yana ni kawan kepada ex aku tadi..haiyoo.muka dia sebijik macam kak Yana sampaikan pernah satu hari aku tanya kak Ayu yang dia ada ke tak sedara yang stay kat Putrajaya. hEEHE. Kak Ayu kata takde. Saje je aku tanya.

Husband Kak Yana pula ialah Abang Kay. Abang Kay ni bestfriend exbf aku. Berdasarkan imaginasi aku, ada sorang abang ni, Hafis namanya yang sama department dengan aku. Tau x yang Hafis ni ada iras-iras Abang Kay?.Haru biru aku rasa dibuatnya. Macam sama, tapi sebenarnya tak serupa. mcmne tu? ;) Tapi yang pasti ini semua mengingatkan aku kepada exbf aku dan kawan-kawan dia dua tahun lepas. Pelik kan? Aku tak paham semua ni. Apakah erti semua ni ek? Ataupon aku masih rindukan dia?hehehehe.

Selain itu, aku kenal dengan sorang budak pompuan ni. Sama umur dengan aku. Miam namanye.Selalu pegi lunch dengan dia. Aku dapat rasakan yang dia ni sama macam Pika member aku kat UKM dulu. Walaupon muka tak sama, tapi dari segi gayanya, kurusnya, memang sama macam Pika. Ermm rindu pla kat Pika.

Last but not least, Ika! Ika sama macam Along, roomate aku dlu. Ermm.apakah makne semua ini erk?

Bos = Exbf
Kak Ayu = Kak Yana
Hafis = Abang Kay
Miam = Pika
Ika= Along
Abang Fazdley= Zizan Raja Lawak
Raiful = Aidil Zakuan. 
(adalah skit2)

Ini tandanya aku dah nak mati ke ek? Tibe2. Mengarut je aku, ade kaitan ke ek..
Ya Allah, Panjangkanla Umurku. 

~jauh perjalanan, luas pemandangan, bertambah pengalaman, bertambah kenalan, lagi banyak dugaan dan cabaran~

P/S : Harap2 warga2 ofis aku tak terjumpa dan terbaca blog aku ni. HEHE

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Friday, October 14, 2011

happy Friday ;)

Hari ini saya cuti. Bercuti panjang selama 3 hari. JuMAAT, sABTU dan Ahad. Best ni, jarang nak dapat peluang mcmni sejak bekerja ni. Hehe. Cuti semata-mata untuk daftar KWSP, akak HR bagi 'lampu hijau' suruh saya cuti utk p sana, sebelum 'GAJI PERTAMA'  masuk kata beliau. ;) Tadi sempat ke KWSP Setapak untuk daftar ahli KWSP tu. Saya ingatkan kena isi borang panjang lebar, tapi rupa-rupanya bagi IC dan letak ibu jari je. Tak sampai 10 minit dah siap. Bagus betul. Lagi satu, saya ingatkan Setapak tu jauh dari sini, tapi rupa-rupanya takdala jauh sangat, dekat je, ibarat setapak je. Patutla nama dia setapak kan?hehehe. OVER!. Lepas setel semua ,plan nak pegi Wangsa Walk, tapi macam tak best je jalan sorang2 so terus balik berehat kat umah. Best duk sorang2 kat rumah. Semua orang kerja, so ape lagi??Rumah ini ana yang punyaaaa. Brutal sungguh!huwaaa.

*Kak HR, thanks bagi saya cuti harini k. bye3.

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Saturday, October 8, 2011

luahan perasaan

lama menyepi, tiba-tiba rasa nak luahkan perasaan ...

*sedang memikirkan sesuatu yang tak pasti. Nak sewa rumah sewa ke tak nak. Nak ke tak nak. Adoii. Sewa rumah kat sini memang sangat mahal. Kalau share murahla skit kot. Actually, stay kat umah kakak ok je. Tapi hati dan perasaan ini rasa lain pula. Berubah hati la konon. HEHE. Yelah, saya hanya seorang adik dan adik ipar aje. Walaupun adik beradik dengan kakak, tapi hanya hati ini je tau macamne menumpang rumah orang. Kalau kakak belum kawin tak kisahla. Sekarang dia dah ada family dia sendiri, walaupon diorang tak kisah, tapi aku memang kisah~ Sebab aku pon ingin berdikari. Tak nakla kacau rumah tangga orang. Istilah 'kacau' tu maksudnya, akan menyebabkan diorang tak selesa, Sebab sebelum ni diorang berdua je. Tibe2 aku datang menumpang. ermmmm pham2 sendirila. Lagipon aku dah besar panjang dan matang. Aku tau diorang perlukan privacy, begitu juga dengan aku. Untungkan orang yang dah kawin?. Boleh hidup senang lenang bersama suami dan anak-anak sendiri.

Sebab tu kadang2 terfikir nak sewa rumah area tempat kerja aku. tapi satu perkara yang aku tak suka bila stay kat umah sewa. Mesti kena share bilik kan? Tak sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! kalau boleh aku nak bilik sorang-sorang je. Lebih selesa. Memangla ada bilik untuk seorang, tapi kos pla mahal. aku tak nak share bilik dengan sape2. x sukaaaaaaaaaa! Walaupon kawan baik ke tak, aku lebih suka stay sorang2 je sebilik. I need privacy okey!. Ni rasa macam nak kawin cepat ni. Nanti boleh share rumah dengan husband je. Tak perlu nak share dengan orang lain lagi. Tapi masalahnya tak de jodoh lagi.huhu, So, keputusan yang terbaik adalah stay rumah kakak jela buat masa ni. Sbb bilik confirmla untuk aku sorang je. BEST!

*yeayyy esok cuti lagi. Tapi lusa keja balik. Huhu. Kadang-kadang rasa segan je kerja kat company tu sebab dikelilingi oleh engineers. Semua laki2. Aku dengan manager-Kak Ayu  je pompuan kat bahagian tu. Tapi ok je sebenarnya. Kalau ramai pompuan kan lain pula jadinya. Confirm akan ada yang tak puas hati, mengata, mengumpat semua. Biasalah pompuan. Nway, semuanya berjalan lancar setakat ini. Best juga keja. Tapi kadang2 penat juga sebab kena bangun awal pagi pergi keja. Hehehe.

* Bila agaknya nak apply cuti untuk daftar KWSP. ermmmm  cuti hari Jumaat ok juga. Boleh bercuti panjang selama 3 hari hehehehe. 

*mAta dah ngantuk, sambung lain kali aje. Selamat malam. ;)

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Monday, October 3, 2011

goodbye zaman belajar, welcome alam kerjaya..

hari ini adalah hari pertama saya kerja.auwww.memang mencabar juga kerja saya ni. So, saya dah ready untuk hadapinya dengan jayanya.cewahh.hehe. saya dapat belajar sesuatu yang baru. dan mind set pon dah berubah, tak seperti sebelum kerja dulu2.hehe.walaupon baru je kerja sehari, baru saya tau, banyak benda yang saya tak tahu, dan saya nak tau dan nak belajar. tapi bukan lagi belajar seperti di ukm. alam pekerjaan jauh bezanya dengan waktu belajar. saya nak sangat menjadi seorang insan yang cemerlang, serba boleh. walaupon hidup makin complicated, tapi saya redha,, so relaks,redahhh saje..hehe.

bye.

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Saturday, October 1, 2011

Happy holiday :)

Semakin hari semakin malas nak update blog.hehe.disebabkan banyak benda yang perlu diutamakan dulu, terpaksa anak tirikan blog kesayangan ni. dalam tempoh beberapa minggu ni, asyik ulang alik UKM je untuk setelkan semua perkara yang penting. Alhamdulillah semuanya dah berjaya diselesaikan dengan sebaik mungkin. Tapi minggu depan, mungkin akan ke UKM lagi sebab nak pegi ambil gambar konvo di kedai gambar pusanika. Sebelum hantar jubah semalam, sempatla jugak buat studio photoshoot sebagai kenangan di UKM. auuwhh xsabar rasenye nak ambil gambar yang dah siap tuh. boleh gantung kat dalam bilik gambar 11R tu. nanti bila dah kawin, dah ada anak, boleh tunjuk kat anak. sebagai pendorong.hehe. sentimental value tu. 

tadi saya masak, tapi xtaula ape rasa masakan saya tu. Rasanya dah okey kot. Tak kisahla, asalkan kenyang. Lepasni kena rajin-rajinkan diri untuk masak. Saya nak improve skill memasak before kawin. Walaupon kawin lambat lagi, tak salah kan???..hehe

dUp dap dup dap..berdebarnya nak masuk keja isnin ni. Maklumlah ini kerja pertama saya. Hopefully everything will be fine.

gambar konvo dah upload kat fb, so rase macam malas pula nak upload kat blog. nanti2 la. tunggu mood rajin datang.hehe

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...