salam kawan2.~...... "OUR GREATEST glory is not IN never failING,BuT In rising uP EVerY tiME we Fail".......Happy alwayz!!i love u!!.
RSS

Pages

Sunday, January 30, 2011

IMPIAN yang tak pernah tercapai~

ape impian aku ye???ape yg tak pernah tercapai tuh?disebabkan masa dan ketika ini aku hanya memikirkan 1 perkara je,so aku xnak pikir impian yang lain..sememangnya impian aku yang lain memang xkan tercapai pon dalam masa terdekat ini.so baik aku xpayah nak pikir2,senang cter,aku patot buang jauh2 semua tuh!......huwaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....
anyway sekarang aku berada dalam situasi 'tak selesa'......
ntahla.......
arghhhhh xbestnye........
kadang2 aku selalu terfikir,tertanya2 dalam kotak fikiran aku sendiri..
"tak cukup ke dengan ape yang aku ada sekarang??"
then,aku sendiri yang jawab : "TAK!!!"
..
..
..
aku tanya lagi..
"kenapa aku tak bersyukur dengan apa yang aku ada?"
aku jawab ag 
"NTAHLA.....aku pon xtau.yang pasti ,kalau aku rasa xhepi,xselesa,aku mulalah..itu xkena,ini xkena..adoyaii aku pon xtau!"

moral of the story : cuba untuk bersyukur dengan apa yang ada..jangan ikut nafsu sgt!bersyukur itu indah~
gud nite~

to be continued.........


Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wednesday, January 26, 2011

sesi meng 'usha' mathematicians/researchers di MIMOS

EVENT : makan2,jalan2,dgr ceramah,lawat2,masuk lab researchers,posing2,usha2 mathematicians yg ensem!
DATE : 25/1/2011 (Tuesday)
TIME: 2.00-6.00 P.M
PLACE : MIMOS

MIMOS tu ape ye?kalau nak tau sila usha2 encik GOOGLE k..haha..
gambar kenangan *_^ ----------------->

 otw ke MIMOS..kat KL.
 selepas dgr ucapan daripada warga MIMOS,kami diberi peluang utk masuk lab diorang.begini rupenye tempat researchers keja..huuuuu
 bermain2 dgn mesin2 canggih yg penuh dgn wayar2 yg memeningkan kepalaku..mcm urat2 kat otak pla rasa..tegarnya seorang mathematician!respect ar..keja yg agak mencabar,n memang berpatutan dgn gajiiiiiii yg  tip top kaya okeyh!..terasa diri ini sangat humbleeeee bila berada kat cni..owhhh xtercapai oleh akalku utk kerja macmni..huwaaaa
 merilexkan diri dengan bergambar dgn pija
 bersungguh-sungguh akak ni bagi taklimat..respectla akak!aku hanya mampu tersenyum kat belakang tu..haha..akak ni ex-student ukm,fak kejuruteraan..teringat pija buat lawak time ni,pija kata patutla dia mcm penah nampak kakak ni..hahahaha..pija,pija
 ada gaya cm seorang mathematician/researcher x?huhuhu..
bajet mcm seorang pekerja cni..=)  ..pembantu makmal?? ;)
 yeay..dapat beg MIMOS..da lama aku nak beg cmni tau,1st time dapat..owhh sungguh jakun aku ni kan..hak3.thanks mimos sbb bg beg cmni kat aku yg jakun ni...
 apekah??hanya diorang je yg tau..
 ini lab len pla..lab fizik..time buat eksperimen,kena tutup lampu tau..gelap gelita..bestke keja dalm gelap??emm kalau aku,da lama aku tido zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.......
 alat2 yg amat canggih dan sangat mahal..benda yg ada wana kuning kat ats tu,klau xsilap aku abg tu kata RM5000.. yang sebelah dia pla RM 3000...mahal kan!..boleh agak sendiri bpe kos utk alat2 yg ada atas meja ni..sgt2 mahal....
 ape ntah benda ni..mcm robot je..tapi ambil je gambar,buat kenangan..hehe
 wajib ambil gambar..
 aku lagi..
 tangan..
 beramas mesra dengan hawa..
 produk mimos~
 touch screen yg best..
 aku suke bunga ni..cantik!..wlpon bunga plastik je,tapi ttp cantik..ini ape?bunga..bunga..ORKID lah!
 una,aku n hawa
 mimos.........mungkin ni 1st n last aku dtng cni..
bye..nak balik da..
 gambar ramai2..mcm skolah perempuan je kan..emmm nk buat cmne budak lelaki maths ukm memang spesis yg hampir pupus..hehe..ada berapa kerat je diorang kat pusat pengajian aku tu,n diorang xdtang time ni..
 inilah bas kami....
last but not least!

bye2 mimos..harapan utk keja cni agakla tipis senipis kulit bawang nampaknye..hahaha..mimos ambil student master je k!teringat kata2 encik zul yg bagi taklimat tu..
 "sekarang ni DEGREE dah jadi macam SPM je...orang da xpandang sangat,terutama sekali di MIMOS ni!"
huhhhhhhhhhhhhhh tersedar dari lamunan kejap...memang benar pe yg dia cakap kot..yela kat mimos ni hanya yg betul2 pandai je yg dia ambil keja,yg ada master or phd!memang mantap!aku sah2la xlayak,sebab aku mcm xberminat nak sambung master..da malas nak study..owwhhh xpela.biarlah aku keja biase2 je.asalkan bahagia..kan kan kan...

p/s: aku sempat google jap..

Driven by a strong and dynamic leadership team, together with world-class thinkers and scientists, MIMOS is adamant to transform the landscape of the indigenous industries.
With highly skilled technology experts, MIMOS strives to stimulate Malaysia’s economic growth by producing innovative technology platforms, which will be used by the industry to develop products and services to meet market demands.
At MIMOS, we believe that innovation is the essence of the new frontiers. The tagline “Innovation for Life”speaks volumes for our relentless efforts to bring about innovations that transform and uplift human lives.
MIMOS’ research, development and commercialisation focuses on nine technology clusters namelyAdvanced Informatics, Advanced Information Security, Advanced Analysis and Modeling, Green Technology, Grid Computing, Knowledge Technology, Micro Systems & MEMS, Nano Electronics and Wireless Communications..

bye2........

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Monday, January 24, 2011

Aku DaN aiR MaTa...


Aku suka satu fakta ni ..xsalah kot aku nak share fakta ni ,letak dlm blog aku kan???sharing is caring..hihi
fakta yang berbunyi: Mengapa Perempuan lebih banyak menangis daripada lelaki?..memang kena dengan jiwa  aku yang kuat nangis ni...jom nangis..opss silap,jom baca fakta ni ;) ;)....

Mengapa Perempuan lebih banyak menangis daripada lelaki?.

Kajian ilmiah menetapkan bahawa perempuan lebih banyak menangis empat kali ganda berbanding lelaki. Ini kerana mereka memiliki kelenjar-kelenjar air mata yang bentuknya lebih besar daripada kelenjar-kelenjar air mata lelaki.

Para ilmuwan Amerika sampai pada kesimpulan bahawa menangis sangat berguna untuk kesihatan. Air mata yang asli, baik itu air mata bahagia atau air mata kesedihan dapat membantu mengembalikan keseimbangan kimia tubuh.

Perempuan lebih banyak menangis kerana mereka sering hanyut dalam tangisan. Mereka mengeluarkan tangisan dengan diiringi suara yang dapat didengar sebanyak 64 kali dalam setahun. Sedangkan lelaki hanya mampu menangis 17 kali dalam setahun.

Para ilmuwan berpendapat “ Jenis air mata yang mengalir akibat tekanan perasaan (emosi) dari segi bentuk dan fungsinya adalah berbeza-beza. Air mata jenis ini merupakan reaksi kimia yang muncul sebagai tindak balas atas gejala-gejala emosi yang bercampur dengan perasaan. Dengan demikian, ia lebih penting daripada protein.”

Menangis dapat meringankan kadar tekanan kejiwaan. Ini sangat berguna untuk kesihatan lebih-lebih lagi kita kerap mendengar pelbagai jebnis penyakit yang disebut sebagai penyakit tekanan jiwa.

Menangis faktor penyebab panjangnya usia kaum hawa

Para ilmuwan menegaskan bahawa menangis dapat menyebabkan panjangnya usia kaum hawa. Menurut mereka, air mata mengandungi peratusan racun yang dikeluarkan dari tubuh melalui tangisan. Perkara ini mengakibatkan tubuh akan bebas dari racun. Para ilmuwan dalam bidang kedoktoran jiwa menegaskan bahawa menangis dapat menyelamatkan perempuan masa kini dari ketegangan urat saraf yang ia alami akibat banyaknya permasalahan yang harus dihadapi ketika menjalani rutin kehidupan.

Para doktor pakar mata juga berpendapat bahawa air mata berfungsi membasuh mata dan mengosongkannya daripada kandungan racun yang muncul akibat tegangnya urat saraf perasaan dan emosi yang selalu datang silih berganti

Hormon berbicara yang dimiliki oleh kaum hawa

Perempuan memiliki hormon yang dipanggil oksinosin. Para ilmuwan menamakannya sebagai hormon pengendalian watak. Hormon ini dianggap sebagai faktor terpenting di sebalik fenomena bersembangnya kaum perempuan dengan teman-teman ataupun keluarga mereka untuk menghilangkan stress dan bukan cara menyembunyikan diri atau melampiaskannya dengan tindakan yang zalim seperti yang dilakukan oleh lelaki.Ini akan berhujung pada satu kesimpulan bahawa kaum hawa lebih sedikit menjadi Koran akibat kekacauan saraf atau lebih sedikit terjerumus ke dalam jurang kewujudan ubat daripada lelaki.

Air mata yang termahal siapa yang punya?
1. Ibu
2. Ayah
3. Remaja
4. Orang yang dizalim

Rujukan: Dipetik dari buku hikmah terapi air mata menangis kerana Allah Karya Hasan bin Muhammad Ba’Mu’aibid diterjemahkan oleh Mohd Basri bin Yusof

thanks my beloved friend : SARAH 4 da info..miss u =)

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Saturday, January 22, 2011

BROGA HILL & me


salam...
ini kisah budak yg over excited pegi mendaki bukit Broga khamis lalu..;)
akibatnye sampai ari ni tubuh2ku sakit2..lenguh2 mcm orng baru lepas beranak jew..yeke?orang beranak cmni ke rasanye?ntahla..aku xtau..hahha.
Berbalik kpda cter tadi,aku dgn bdak2 maths pegi ke bukit ni.kitaorang 24 orng lebih kurang(lupe),6 buah keta semuanya. dalam pukul 4.30 pagi kitaorang bertolak ..awal gle kan..hehe..pastu on da way ke sana,sesat pla ..sedih woo..tapi nasib baik akhirnya sampai jupe jg tempat yg dituju....

INIlah bukti..hanya bulan menjadi saksi yang sudi menyambut ketibaan kami..

sampai sana aku tengok penuh keta2 ctu sampai xtau nak parking mane,means ramai rupenya manusia yang nak pegi daki bukit tu kan.hihi..
so...sebelum memulakan pendakian,kami solat subuh di ctu dengan sgt daif,solat tepi jalan jew.
.dgn harapan semoga segalanya berjalan lancar dengan izin-Nya..
lepas je solat,kami pon terus mendaki dgn semangat kental &waja..cewahh cm nk panjat gunung je..hehe
ini lah bukti aku telah sampai ke bukit ni..aku sebenarnya xsangka aku boleh panjat bukit setinggi dunia (over) itu..walaupun aku xsampai ke puncak sbb terlalu cuak sbb hampir nak tergelincir tapi yang penting aku hepi..sudah puas ati sbb hajat aku dah tercapai..
okey..enjoy da pics..
  pagi nan indah..menyaksikan keindahan matahari terbit..
macam2 ragam orang mendaki bukit..hehe..
 opss..free show..sila pejam mata ;)
 selalu ada penghalang tiap kali aku nk ambil gambar pemandangan indah
..jgn pkir aku saje nk curi2 gambar mamat ni pla..hahaha
nampak mcm rendah jew kn?tapi tinggi setinggi-tingginya..huhu..tgkla ramai betol pendaki-pendaki yg tegar..
 sungguh indah..
indahnya ciptaan tuhan
sampai kat buaian tempat dr muzaffar &dr harlina ambil gambar tuk pre-wedding diorang.
 inilah buaiannye..
xboleh naik sbb tinggi sgt buaian ni..xde orang nak angkat aku..huhu
gambar aku dgn pelbagai versi ::
 best sgt duduk atas bukit ni...tenang je fikiran
 emm..tiap posisi mesti termasuk gambar org len..yela..dah ramai sgt orang..semua nak daki aritu sbb cuti thaipusam..
yess..kali ni xde orang kat blakang aku..hanya bertemankan lalang2 broga yang indah (la sgt) =)

dgn kawan2...yg baju biru tu budak uitm

2 jari!2 tahun lagi boleh kawin kan??tibe2 je..poyos!hihi
kami di atas bukit yang tinggi itu...
 perjalanan turun yang berliku-liku
 sempat ambil gambar paku-pakis sambil jalan.tapi blur je
kat bawah da..
semasa turun..penat sudaaa..
sweet memory (walaupon kepenatan tahap kura-kura..hehehe)
i will miss u..
cun kan...inilah puncak yg aku xsempat nak daki. (bukan xsempat,tapi xlarat =.)

P/S: 

Pelajar UiTM parah dihempap batu di Bukit Broga

20/01/2011 9:43pm


KUALA LUMPUR 20 Jan. — Keghairahan seorang penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam menawan puncak Bukit Broga di Semenyih, Selangor hari ini, bertukar menjadi pengalaman pahit setelah beliau cedera parah akibat dihempap seketul batu besar.

Norhanani Shahim, 22, yang menyertai sekumpulan 15 penuntut universiti itu memulakan pendakian kira-kira pukul 8 pagi tadi dan tiba-tiba “hilang” daripada kumpulan ekspedisi itu.

Seorang anggota kumpulan ekspedisi itu, Mohd Khairul Nazmi Zubairu, 22, menemui Norhanani dalam keadaan tertiarap di kawasan lereng bukit Bukit A, Bukit Broga dengan seketul batu besar berada di atas belakangnya selepas lebih dua jam mencari mangsa.

Jurucakap Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) ketika dihubungi berkata Mohd Khairul telah menghubungi JPAM Kajang, Selangor meminta bantuan untuk mengalihkan batu tersebut memandangkan beliau dan rakan-rakanya tidak berdaya mengangkat batu itu.

Sepasukan penyelamat JPAM, bomba dan dua pembantu perubatan dari Hospital Kajang tiba di lokasi kejadian kira-kira pukul 11 pagi dan berjaya mengangkat batu itu dari badan mangsa.
Jurucakap JPAM itu berkata Norhanani yang berkeadaan lemah ketika ditemui memberitahu rakannya bahawa beliau telah terjatuh sebelum batu menghempap belakang badannya.
Mangsa yang dipercayai cedera serius di bahagian tulang belakangnya akibat insiden itu kini dirawat di Hospital Kajang.

sumber : utusan harian
#############################################################################################
SYUKUR ALHAMDULILLAH KAMI SELAMAT...hari yang sama,tempat yang sama tapi yang beza adalah masa ,kami turun awal..dalam pukul 11 tu dah selamat berada di hostel da..syukurla..

first n last pegi sana....
bye2 broga hill!!!

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...