salam kawan2.~...... "OUR GREATEST glory is not IN never failING,BuT In rising uP EVerY tiME we Fail".......Happy alwayz!!i love u!!.
RSS

Pages

Saturday, December 31, 2011

goodbye 2011, welcome 2012

.........2011 i'm gonna miss u....

--------------2012..welcome baby..i will love u.!

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Friday, December 30, 2011

30/12/2011

mowwninggg..now is 5.06 am.huh!

Asal sedih je mesti luah kat blog, asal kecewa, frust, patah hati, patah otak ke, mesti blog ini yang jadi mangsa. sorry yunk! sabor ajelah ye. i love u baby!..

skrang tgh sedih la ni..sebenarnya aku tau kenapa aku xdapat apa yang aku nak, aku tau ini semua sebab silap aku sendiri..sapa suruh malas waktu muda2 dlu? parents suruh belajar betul2 dan rajin2, tapi aku belajar xbetul sangat dan tak rajin sangat..hehe..tengokla sekarang..kerjaya yang aku impikan selama ini hancuss musnah .tiada harapan lagi..padan muka yeay2 hehehehe!.

Then, sebagai pengubat hati aku yang lara ni, aku redha sahaja..dan aku tau aku perlu berubah. jangan malas2 ag mastura! aku bersyukurla dengan apa yang aku ada sekarang..aku bersyukur dengan kerja yang aku dapat sekarang..at least aku keja juga.xdelah asyik abiskan borass ma ayah aku kat umah je.huhu. alhamdulilah .mungkin ni je rezeki aku setakat ini..rezeki dikemudian hari kita tak tau..harap2 bertambahla rezekiku nanti..INSYAALLAH..
****
Usaha dan kejayaan yang kita sendiri capai adalah sangat sangat sangat superb best compare dengan kejayaan yang kita peroleh dengan bantuan orang lain..ye dop??absolutely right. coz drp ctu kita tau dan kita sedar potensi diri kita sendiri..pada masa sama kita akan bangga bangla dengan diri sendiri..pernah tak rasa macam tu??aku pernah rasa tau..memang sangat puas hati bila pe yang kita usahakan atas usaha kita sendiri tu berjaya membuahkan hasil yang amat memuaskan..bangga uols!hehe.

****
Sekarang timbul rasa bersalah kepada diri sendiri sebab tak berjaya skor dean list.@result gembak tahap otak superb power time 1st degree dlu2..menyesal sangat. awaiiit aku bengap sangat waktu study dulu2 eh?plus malas tahap cipan sebabtu otak jadi jem kejap.yolah kuat sangat TIDO..hehe. ksian aku..kukuiiii..tgk sekarang kan da menyesall..then akan ku tebus kesalahan ku ini someday. pabILA aku ada anak nanti, aku tak nak anak aku malas belajar mcam aku, especially waktu kat uni..sepatotnye time tula yang kena betol2 rajin sebab lepas tu akan kerja dan dengan result degreela diorang akan nilai kita..kalu nak keja best2,kenalah skor..insyaAllah my future daughters and sons akan jadi pelajar yang cemerlang nanti..hopefullyyy..jauh berangan nampak pagi2 buta ni..xsalah plan tuk masa depan kot.hehehe..

****
mak cik tgh syok posing dgn bowl.. to be continued in next entry.
*laparla perut pagi2 ni..huhu.*iklan sekejap
*tahniah buat kawanku yg dpt keja yang aku impikan tu..rezeki dia.
*azam tahun baru : aku nak berubah! i wanna be a better mastura! oyeahhhh..jumpa lagi tahun depan bye2.

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sunday, December 25, 2011

hi handsome~please be mine..

mowwning...

you are very smart n handsome..
you made me fall in love with you in first sight..
brown/gray suit you well baby..
i hope u will be mine someday..
hehehe.
insyaAllah..


my dream car.. :)

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Friday, December 23, 2011

23/12/2011

Salam. tiba2 teringat kenangan 7 tahun lalu, saat dapat result PMR. Alhamdulillah dapat skor A untuk semua subjek. Saya dapat 9A..hehe.best juga apabila dinobatkan sebagai pelajar paling cemerlang di sekolah tu (cemerlangla sangat..)..tapi sekarang zaman belajar dah berlalu. kini tiba giliran utk alam pekerjaan pula.cepat betul masa berlalu kan...


****

Tadi company sy anjurkan Bowling Tournament kat Wangsa Walk. Best juga, dapat release my tension. Lagi best bila group saya menang tempat ke-3, dapat RM 50 sorang. ;) Alhamdulillah. Walaupon xdela pandai sangat main, tapi kire okla juga sebab menang tempat ke-3, pernahla juga strike kan..hehe

****
Hari ini saya rasa tidak tenang, ada satu perasaan menganggu fikiran ini.hehe. Sebenarnya malas nak pikir sangat, tapi ia datang sendiri..so sad. ;(


***
Bestnye kalau ada suami/tunang/bf kan??? maafla yer sebab tibe2 rase cemburu dgn seseorang..insyaAllah. lepasni xnak cemburu lagi. ;)

bye..


Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Thursday, December 15, 2011

15/12/2011

Never think that your life is the worst in the world because others more than that. Think that you are the lucky one. Learn to be thankful for what you already have.

Everything happens for a reason..

ALLAH knows what is best for us...

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wednesday, December 7, 2011

mimpi jadi kenyataan.

LIFE... we can't always have what we want. Thats life, sometimes it hard. Ermm..

Kadang2 rasa nak gelakkan diri sendiri je. Ha ha ha. sebab sy terlalu letak harapan yang terlalu tinggi terhadap apa yang saya inginkan. Macam xsedar diri pla. Mengharap, berharap, at last..
.tak de harapan..huhu. 

-xdapat Ujian personaliti MARA..sedih3..patutla semalam mimpi xdapat. first time mimpiku menjadi kenyataan. 
-@ B.E.S. Sebelum pergi, dah pikir macam2 sambil berangan yang indah2 belaka.tapi hampa...xsemanis yang ku impikan..
-saya dah unfriend dgn senior kawan sy..rase lebih lega sbb xlagi mengharap...

*gembira sgt tgk kawan2 satu uni dulu kawin..tumpang gembira. ^_^. bye2.

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wednesday, November 30, 2011

30/11/2011

Semakin hari, semakin jadi tak keruan, sedih.
wahai kucing comel, tgh sedih ek??samalah kita. jom kita kawan.huhu
di tepi pantai yang indah..aku duduk berdiri seorang diri..suasana hampa...
*dulu pernah berangan kalau dah keja dan ada duit nak pergi bercuti kat tempat yang cantik, tenang, udara yang nyaman, ada pokok2 hijau yang mampu tenangkan fikiran..nak pergi sorang diri je.xnak orang kaco..bila agaknya ek?InsyaAllah..*kalau bercuti kat pantai pon best jg. rindunya pantai. rase nak balik kg dan nak duduk tepi pantai sekarang jg ;(

*semakin hari, semakin rasa seram sejuk...ini semua dugaan Allah buat aku..aku redha. kalau boleh taknak dengar lagi apa2 info ttg perkara itu. thanks kawan2ku..gud nite.*

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sunday, November 27, 2011

love

Ya Allah..
Aku rindu dia..
Aku ingin mengenali hati budi dia.
Dalam diam, aku mencintainya ..
Walaupon dia tak tau perasaan ini terhadap dirinya
Namun, tak dapat aku halang perasaan ini..

Ya Allah, aku cinta dia......
Maafkan aku kerana telah jatuh cinta kepadanya. Tunjukkanlah jalan yang terbaik untukku...

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 bulan yang lalu..

Salam Tahun Baru Hijrah 1433 H kepada semua.Semoga tahun ini diri ini menjadi seorang yang lebih beriman, lebih matang, lebih tabah dalam menghadapi segala cabaran, lebih penyabar dan semoga rezeki akan semakin bertambah. Yang paling penting semoga jodoh cepat sampai, sebab teringin sangat menjadi isteri yang solehah.HEHEHE..Berhijrah ke arah kebaikan.InsyaAllah.
Semalam tarikh 26.11.2011..rupa-rupanya dah 2 bulan sy konvo.  Dan sekarang sedang menunggu gaji ke-2 masuk. Syukur alhamdulillah. Skrang terkenang kembali tarikh 26.9.2011.hehe.dah lama buat entry ni, tapi lupa nak post sbb busy sangat. Inilah gambar2 konvo sy. Enjoy it..

















Menerima ijazah sarjanamuda drp Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul 
Khusus Tuanku Muhriz Bin Almarhum Tuanku Munawir



cigu.....chakkk.. :)
rindunya waktu study zaman muda-muda dulu :)
bye.

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tuesday, November 22, 2011

:)

Ku sedar ku tak seberapa

Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya

Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya

Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan

Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan

Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya

Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya

Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja 

p/s: suka sangat lagu ni. pertama kali dengar sountrack citer tu dah mula berkenan. Bila dengar lirik dia, bertambah jatuh cinta....sungguh bermakna  :)

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Monday, November 21, 2011

lelaki hensem

lelaki hensem pada pandangan sy adalah seperti ciri-ciri di bawah:

*Lelaki yang beriman, baik. (tApi susah nak tahu seseorang tu baik ke tak..)

*Lelaki yang hormat orang yang lebih tua daripadanya.

*lelaki yang sangat sopan dan pandai ambil hati mak/ibu kandung dia sendiri. pandai bergurau senda dengan mak dia. (hensemnyeee..

*tak tinggal solat. Especially solat Jumaat. Sbb kita boleh tau dia pergi solat Jumaat ke tak. Kalau solat wajib yang lain kita tak tau. Contoh: Hari Jumaat waktu orang tengah solat Jumaat, kita tengok ada lelaki Islam tengah makan @ lepak2 kat kedai..pada pandangan saya--> ee tak hensemnye laki ni..ye dop?? ;)

*lelaki yang "gila bola". Pandai main bola dan minat bola. Kalau tak pandai main bola pon xpela asalkan dia minat bola..(macam sekarang, ada Match MLSIA & INDO, kalau lelaki tu hensem, mesti dia tgh tgk tv sekarang :).. Btw, Machonye lelaki yang suke main futsal. Sbb laki macamni ada semangat bekerjasama dengan pasukan/kawan2 diorang. dalam masa yg sama, boleh sihatkan tubuh badan dan bakar segala lemak yang ada, sebabtu macho.hehe.

*lelaki yang "gila kereta". Fokus kepada yang dah keja sahaja. Sebab kalau tak keja lagi, mungkin tak mampu nak pakai kereta. Faham2 sendiri jela..

*Lelaki yang suka kepada perempuan. Bukan gay. Sbb lelaki yang suka perempuan adalah lelaki sejati. Tapi bukan PLAYBOY okey. Maksud saya adalah : Lelaki yang suka kepada perempuan, dan ada niat untuk jadikan perempuan itu sebagai isteri dia yang sah..

*Lelaki yang berani.

banyak lagi, tapi malas dah nak taip.hehe.bye.

p/s: kalau muka raut wajah lelaki tu hensem, maka hensemla lelaki tu.sbg contoh adalah Fahrin Ahmad, hehehe. baby ni pon hensem. comeyy jer.


Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sunday, November 20, 2011

20.11.2011

Eh..cantikla tarikh ni 20.11.2011.sekali seumur hidup je jumpa tarikh ni. mesti ramai orang kawin pagi esok.he3.tapi bukan nak citer pasal tarikh, kali ni nak citer pasal usaha, doa dan tawakal.

Usaha itu tangga kejayaan.

jika kita mahu berjaya, kita perlu berusaha.
tak kiralah dalam bidang ape sekalipun, yang penting adalah usaha, disusuli dengan doa kepada Allah dan dilengkapi dengan bertawakal.

*nak dapat result cemerlang- perlu rajin berusaha (belajar bersungguh-sungguh)
*nak kaya-kena rajin bekerja
*nak muka cantik dan licin-kena rajin cuci muka, pakai krim..etc.
*nak bahagia-?
*nak jodoh yang baik-?
*nak anak yang soleh dan solehah-?
*nak rumah tangga bahagia-???

kesimpulannya, kita tidak akan terlepas daripada perlu berusaha, berdoa dan bertawakal. inilah resepi sebuah kejayaan..InsyaAllah dengan berdoa dengan sepenuh hati kepada-Nya, pasti doa kita akan dimakbulkan. Doa akan mendekatkan kita kepada-Nya. ..

Usaha, doa dan tawakal..insyaAllah..*semoga impian menjadi kenyataan*
mood : insaf ( -__ -) ..

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tuesday, November 15, 2011

kisah semalam.

Semalam aku selami hati dan perasaan seorang insan yang bergelar seorang ibu kepada 2 orang anak dan juga bakal menimang seorang lagi cahaya mata..sweet kan? dapat aku gambarkan indahnya hidup ini jika bersama orang yang menyayangai dan menghargai diri kita..aku happy dan bahagia apabila mendengarnya, tapi dalam masa yang sama, banyak perkara yang membuatkan aku berfikir dan terus berfikir…

Ya Allah..berikan aku kebahagian..
Kenapa sampai ke hari ini aku masih takot untuk membuat keputusan..
Aku insan yang lemah..
Hati ini menangis siapa tahu..
(sekarang dah ada orang tahu..mestilah orang yang tengah bace blog ni.kalau ada yg bace ;)

Sukarnya mencari seorang insan yang betul2 menyayangi diri ini. Teringin sangat nak kawin awal macam akak ni, umur 21 dah kawin, sekarang umur 29 dah ada 3 orang anak. Bestnya. Bila agaknya giliran aku pulak. Aku nak sangat rasa cinta sejati yang berkekalan dan aku rasa hidup ini akan lebih sempurna bila dah kahwin. Tapi apakan daya, tiada jodoh buat masa ni.

Semoga jodoh aku cepat sampai dan akan dipertemukan dengan seorang insan yang betul2 ikhlas menyayangi diri ini. Teringin sangat nak kawin awal. Teringat kata2 kawan : "Berkat umur seorang perempuan jika mereka berkahwin dan mempunyai anak di usia muda".

Sekian.

               
gambar: curik kat google...dah lama xletak gmbar.:)

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tuesday, November 8, 2011

08/11/2011

Ya Allah..adakah ini 'hidayah' buatku?..seandainya betul, aku bersyukur padamu ya Allah.

tapi dugaan ini agak besar buatku..

aku tak mampu untuk menghdapinya..

aku tak mahu mengecewakan seorang insan..

tapi seandainya ini adalah yang terbaik untukku..aku redha..

sukarnya merawat hati dan perasaan ini..

maafkan diri ini kerana terpaksa melukakan hatimu..

awak, maafkan saya..

*di persimpangan dilema...keliru..tak sanggup lagi menipu hati dan perasaan ini....

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tuesday, November 1, 2011

jasamu dikenang..

assalamualaikum..

sekadar luahan hati..

Minggu lepas saya dapat gaji pertama. Kali pertama dalam hidup dapat gaji hasil titik peluh sendiri.Yela sebelum ni asyik harap duit Ma&Ayah dan duit biasiswa JPA bgi je.hehe.Walaupon gaji xsebanyak yang JPA pernah bagi waktu muda2 dlu, tapi syukur sangat sebab saya mampu bagi duit kpd ma dan ayah sebagai    "gaji bulanan" utk ma dan ayah tercinta. InsyaAllah saya xkan mintak duit dengan mereka lagi lepas ni dan selagi saya kerja, ma dan ayah akan dapat gaji tiap bulan.. Alhamdulillah niat utk balas jasa ma dan ayah akan saya tunaikan. Itu je yang mampu saya berikan utk ma dan ayah buat masa ni.Walaupon jauh dimata, namun mereka tetap dekat di hati sampai bila2..

"MA, AYAH"..RA SYG MA DAN AYAH..(tiba2 je sebak..huhu)..

nangis.....

nangis...

ok dah!

p/s: teringat waktu sekolah rendah dulu. kalau cikgu tanya 'apa cita-cita kamu, matlamat hidup kamu' mesti ramai yg akan jawab nak jadi ***********###$$$$%%^^ dan nak balas jasa makayah..hehe. sekarang mungkin saya dalam proses tu kot, TUNAIKAN JANJI WAKTU KANAK2. hehe...;)

sebelum ni dapat slip macam ni jg tiap semester (slip result exam ), tapi kali ni lain skit, dpt slip gaji..sbbtu excited jakun skit.hahaha

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Saturday, October 29, 2011

lawaking

hye selamat pagi, mata mcam xnak berehat je sbb esok cuti..yahoooo.


kadang2 rasa kelakar juga, sambil kusyuk wat keja kat opis, tersenyum sorang2 dalam hati sambil control bajet lawa   , takot si jejaka2 sebelah kanan, kiri, depan, tepi depan, dan lain2 nampak saya senyum.hehe, yelah sebab kelakar sgt. :)


saya  tahu yang saya dah semakin tembam skrang, pipi dah semakin "sihat". tapi jgnla sampai buat lawak mcmtu.haha
hey uols, adeke patut "dia" kata muka saya ni sama mcm muka pelakon indon...???sape? -->dia ni pelakon indon yg glamor juga kot.tapi saya lupala nama dia pe.;)

huhu.tang mane yg same pon xtaula..dia jauh lebih cantik dan baik berbanding saya..

kelakar kan??

come on la "awk tu", jgn ingat kat opis mcm drama ketika cinta bertasbih k..hehe

p/s: eh2..mcm ade kaitan dgn  Entry ini :), tapi kali ini versi sebaliknya. kali ni orang lain pula kata saya sama dengan seseorang.

ok bye.



Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sunday, October 23, 2011

mengidam..

happy weekend!

saya sangat mengidam nak makan MCD or PIZZAHUT! huhu.

Minggu lepas mengidam nak makan MCD, bukan main ag pergi JUSCO semata-mata nak cari kedai MCD, tapi frust sangat sebab xde kedai kat ctu. A&W, Kenny Roaster, KFC semua ada, so saya bajet MCD pon ada la. Rupa-rupanya xde. Akhirnya terbeli Wendy;s dengan hati yang sangat kuchiwaa..nasib baik kenyang juga .hehe. Padahal area ofis ade je kedai mcd, tapi malas nak pegi ctu...

Minggu ni, sekali lagi mengidam nak makan mcd dan juga pizza. mane2 satu pon jadila. asalkan dapat. tapi nampak gayanye kena tunggu minggu dpan, tunggu gaji masyukkk.hehe. sabar ek wahai perut.~

*mengidam nak makan yg mahal2 je. kalah orang mengandung.hehe.
*bosannya arini. nak kuar rasa malas pula sbb semalam da kuar.

p/s: sekiranya memang hati dah tak yakin, ape gunanye utkku teruskan sesuatu perkara tu ek??sangat complicated..pening3..juz tunggu dan lihat jela ape yang akan berlaku nanti. ;(..semoga sentiasa dipermudahkan segala urusanku oleh-Nya. aminnn.

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sunday, October 16, 2011

dapat hadiah lagi .yeay :)

Saya memang suka join kuiz yang senang2. Tahun lepas saya menang RM1000 Suria fm (Kuiz Demam Facebook sURIA FM).minggu lepas saya menang kuiz EXPRESI KEMBARA rtm, dapat cd percuma. Minggu ni saya menang kuiz i-tech Ape Kata Wanita Bersama Zamzarina pula..hehe.thanks penaja. Thanks RTM. Alhamdulillah rezeki saya.

Hadiah ini saya nak bagi kat Ma kat kampung. Mesti Ma happy sebab dapat dapur baru. Yeayyy!.

p/s: ruginya terlepas tengok rancangan ni tadi. Jumaat da xdapat tengok sebab keja. Nak tengok mcmne akak Zamzarina sebut nama saya. Hehehe. 

* teringat pula waktu Kak Linda Onn sebut nama fb saya sebagai pemenang dulu2. Bestnye dapat RM1000 free2...rasa nak lagi.huhu.

esok keja. nak iron baju.bye3.gud nite~

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kenape ye? Same Tapi tak Serupa. Apakah Maknanye?

ermm. knape  muka bos, gaya bos macam ada iras-iras exbf aku dulu?huhu..bos sempoi..kalu tiba-tiba bos datang jenguk aku, aku pura-pura busy.padahal xdela busy sangat.haru biruuu jadinya. Tapi sebenarnya xdela sama pon, aku je yang terpikir macam dia.huhu. bos aku memang kelakar sebenarnya. suka bergurau. memang sempoi. kalau datang kat aku, mesti tegur aku dalam loghat kelate je. hehe. aku pon cakap je "bereh bos". hehe macam stay kat kg pulak. bos aku orang kelantan juga. Aku memang respek dia sebab dia seorang engineer dan businessman yang berjaya.

Kak Ayu pula sama macam Kak Yana, yang stay kat Putrajaya tu. Kak Yana ni kawan kepada ex aku tadi..haiyoo.muka dia sebijik macam kak Yana sampaikan pernah satu hari aku tanya kak Ayu yang dia ada ke tak sedara yang stay kat Putrajaya. hEEHE. Kak Ayu kata takde. Saje je aku tanya.

Husband Kak Yana pula ialah Abang Kay. Abang Kay ni bestfriend exbf aku. Berdasarkan imaginasi aku, ada sorang abang ni, Hafis namanya yang sama department dengan aku. Tau x yang Hafis ni ada iras-iras Abang Kay?.Haru biru aku rasa dibuatnya. Macam sama, tapi sebenarnya tak serupa. mcmne tu? ;) Tapi yang pasti ini semua mengingatkan aku kepada exbf aku dan kawan-kawan dia dua tahun lepas. Pelik kan? Aku tak paham semua ni. Apakah erti semua ni ek? Ataupon aku masih rindukan dia?hehehehe.

Selain itu, aku kenal dengan sorang budak pompuan ni. Sama umur dengan aku. Miam namanye.Selalu pegi lunch dengan dia. Aku dapat rasakan yang dia ni sama macam Pika member aku kat UKM dulu. Walaupon muka tak sama, tapi dari segi gayanya, kurusnya, memang sama macam Pika. Ermm rindu pla kat Pika.

Last but not least, Ika! Ika sama macam Along, roomate aku dlu. Ermm.apakah makne semua ini erk?

Bos = Exbf
Kak Ayu = Kak Yana
Hafis = Abang Kay
Miam = Pika
Ika= Along
Abang Fazdley= Zizan Raja Lawak
Raiful = Aidil Zakuan. 
(adalah skit2)

Ini tandanya aku dah nak mati ke ek? Tibe2. Mengarut je aku, ade kaitan ke ek..
Ya Allah, Panjangkanla Umurku. 

~jauh perjalanan, luas pemandangan, bertambah pengalaman, bertambah kenalan, lagi banyak dugaan dan cabaran~

P/S : Harap2 warga2 ofis aku tak terjumpa dan terbaca blog aku ni. HEHE

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Friday, October 14, 2011

happy Friday ;)

Hari ini saya cuti. Bercuti panjang selama 3 hari. JuMAAT, sABTU dan Ahad. Best ni, jarang nak dapat peluang mcmni sejak bekerja ni. Hehe. Cuti semata-mata untuk daftar KWSP, akak HR bagi 'lampu hijau' suruh saya cuti utk p sana, sebelum 'GAJI PERTAMA'  masuk kata beliau. ;) Tadi sempat ke KWSP Setapak untuk daftar ahli KWSP tu. Saya ingatkan kena isi borang panjang lebar, tapi rupa-rupanya bagi IC dan letak ibu jari je. Tak sampai 10 minit dah siap. Bagus betul. Lagi satu, saya ingatkan Setapak tu jauh dari sini, tapi rupa-rupanya takdala jauh sangat, dekat je, ibarat setapak je. Patutla nama dia setapak kan?hehehe. OVER!. Lepas setel semua ,plan nak pegi Wangsa Walk, tapi macam tak best je jalan sorang2 so terus balik berehat kat umah. Best duk sorang2 kat rumah. Semua orang kerja, so ape lagi??Rumah ini ana yang punyaaaa. Brutal sungguh!huwaaa.

*Kak HR, thanks bagi saya cuti harini k. bye3.

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Saturday, October 8, 2011

luahan perasaan

lama menyepi, tiba-tiba rasa nak luahkan perasaan ...

*sedang memikirkan sesuatu yang tak pasti. Nak sewa rumah sewa ke tak nak. Nak ke tak nak. Adoii. Sewa rumah kat sini memang sangat mahal. Kalau share murahla skit kot. Actually, stay kat umah kakak ok je. Tapi hati dan perasaan ini rasa lain pula. Berubah hati la konon. HEHE. Yelah, saya hanya seorang adik dan adik ipar aje. Walaupun adik beradik dengan kakak, tapi hanya hati ini je tau macamne menumpang rumah orang. Kalau kakak belum kawin tak kisahla. Sekarang dia dah ada family dia sendiri, walaupon diorang tak kisah, tapi aku memang kisah~ Sebab aku pon ingin berdikari. Tak nakla kacau rumah tangga orang. Istilah 'kacau' tu maksudnya, akan menyebabkan diorang tak selesa, Sebab sebelum ni diorang berdua je. Tibe2 aku datang menumpang. ermmmm pham2 sendirila. Lagipon aku dah besar panjang dan matang. Aku tau diorang perlukan privacy, begitu juga dengan aku. Untungkan orang yang dah kawin?. Boleh hidup senang lenang bersama suami dan anak-anak sendiri.

Sebab tu kadang2 terfikir nak sewa rumah area tempat kerja aku. tapi satu perkara yang aku tak suka bila stay kat umah sewa. Mesti kena share bilik kan? Tak sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! kalau boleh aku nak bilik sorang-sorang je. Lebih selesa. Memangla ada bilik untuk seorang, tapi kos pla mahal. aku tak nak share bilik dengan sape2. x sukaaaaaaaaaa! Walaupon kawan baik ke tak, aku lebih suka stay sorang2 je sebilik. I need privacy okey!. Ni rasa macam nak kawin cepat ni. Nanti boleh share rumah dengan husband je. Tak perlu nak share dengan orang lain lagi. Tapi masalahnya tak de jodoh lagi.huhu, So, keputusan yang terbaik adalah stay rumah kakak jela buat masa ni. Sbb bilik confirmla untuk aku sorang je. BEST!

*yeayyy esok cuti lagi. Tapi lusa keja balik. Huhu. Kadang-kadang rasa segan je kerja kat company tu sebab dikelilingi oleh engineers. Semua laki2. Aku dengan manager-Kak Ayu  je pompuan kat bahagian tu. Tapi ok je sebenarnya. Kalau ramai pompuan kan lain pula jadinya. Confirm akan ada yang tak puas hati, mengata, mengumpat semua. Biasalah pompuan. Nway, semuanya berjalan lancar setakat ini. Best juga keja. Tapi kadang2 penat juga sebab kena bangun awal pagi pergi keja. Hehehe.

* Bila agaknya nak apply cuti untuk daftar KWSP. ermmmm  cuti hari Jumaat ok juga. Boleh bercuti panjang selama 3 hari hehehehe. 

*mAta dah ngantuk, sambung lain kali aje. Selamat malam. ;)

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Monday, October 3, 2011

goodbye zaman belajar, welcome alam kerjaya..

hari ini adalah hari pertama saya kerja.auwww.memang mencabar juga kerja saya ni. So, saya dah ready untuk hadapinya dengan jayanya.cewahh.hehe. saya dapat belajar sesuatu yang baru. dan mind set pon dah berubah, tak seperti sebelum kerja dulu2.hehe.walaupon baru je kerja sehari, baru saya tau, banyak benda yang saya tak tahu, dan saya nak tau dan nak belajar. tapi bukan lagi belajar seperti di ukm. alam pekerjaan jauh bezanya dengan waktu belajar. saya nak sangat menjadi seorang insan yang cemerlang, serba boleh. walaupon hidup makin complicated, tapi saya redha,, so relaks,redahhh saje..hehe.

bye.

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Saturday, October 1, 2011

Happy holiday :)

Semakin hari semakin malas nak update blog.hehe.disebabkan banyak benda yang perlu diutamakan dulu, terpaksa anak tirikan blog kesayangan ni. dalam tempoh beberapa minggu ni, asyik ulang alik UKM je untuk setelkan semua perkara yang penting. Alhamdulillah semuanya dah berjaya diselesaikan dengan sebaik mungkin. Tapi minggu depan, mungkin akan ke UKM lagi sebab nak pegi ambil gambar konvo di kedai gambar pusanika. Sebelum hantar jubah semalam, sempatla jugak buat studio photoshoot sebagai kenangan di UKM. auuwhh xsabar rasenye nak ambil gambar yang dah siap tuh. boleh gantung kat dalam bilik gambar 11R tu. nanti bila dah kawin, dah ada anak, boleh tunjuk kat anak. sebagai pendorong.hehe. sentimental value tu. 

tadi saya masak, tapi xtaula ape rasa masakan saya tu. Rasanya dah okey kot. Tak kisahla, asalkan kenyang. Lepasni kena rajin-rajinkan diri untuk masak. Saya nak improve skill memasak before kawin. Walaupon kawin lambat lagi, tak salah kan???..hehe

dUp dap dup dap..berdebarnya nak masuk keja isnin ni. Maklumlah ini kerja pertama saya. Hopefully everything will be fine.

gambar konvo dah upload kat fb, so rase macam malas pula nak upload kat blog. nanti2 la. tunggu mood rajin datang.hehe

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tuesday, September 27, 2011

hiiii

kepala pening tapi masih ada hati nak update blog kesayangan ni. hehe. dah lama xupdate, rindulah pulaks. stay bilik ain kat ukm xbolehla nak update bagai, sebab maluuuu. lagipon wifi-ukm xdapat access kat bilik dia ;(. 


sebenarnya hari ni sangat penat sebab hari ini adalah hari konvokesyen saya. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. penat betul bergambar sakan tadi.hehe. (akan upload gambar konvo kemudian..)

wahh. hujan lebat ni. sejuk. best tido ni.selamat malam semua.


Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tuesday, September 20, 2011

kemaafan

Kemaafan adalah sesuatu yang indah?benarkah? senangkah untuk kita memaafkan seseorang? kadang-kadang mulut je kata maaf, tapi hakikatnya tidak dapat memaafkan dengan sepenuh hati. Namun, lain orang lain pandangannya. Bagi saya, bukan mudah untuk memaafkan seseorang yang pernah buat salah dengan kita. Tapi bergantung kepada keadaan juga, kadang-kadang kalau hanya perkara kecil, mesti akan terus lupa dan tak nak pikir lagi benda-benda yang remeh. 

Tapi, jika seseorang tu agak melampau kesalahannya terhadap kita, bukan mudah untuk dimaafkan. Mungkin akan mengambil sedikit masa, sebab perasaan marah, kecewa, pedih, benci masih terbuku dihati. Saya akui, bila kita berada dalam keadaan marah, sesuatu perkara yang kita buat tidak akan sempurna, dan tidak releven sama sekali keputusan yang kita ambil. Oleh itu, memang kita perlukan masa untuk memaafkan seseorang untuk memberi ruang untuk kita berfikir dengan lebih sempurna. Mungkin benar apa yang pernah seseorang nasihatkan saya dahulu. Kata beliau, dendam itu adalah satu beban, dan kemaafan adalah sesuatu yang sangat mulia. Dengan memaafkan seseorang, segala beban yang selama ini kita tanggung akan menjadi ringan, dan percayalah, hidup kita akan menjadi lebih tenang.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, ruang yang ada telah saya manfaatkan dengan sebaik mungkin untuk berfikir dan terus menilai sesuatu. Memang benar, kadang-kadang setiap yang baik, ada buruknya dan setiap yang buruk ada baiknya juga. Berfikir mestilah secara positif.

Dalam masa yang sama, saya sedang memaafkan seseorang. hehe. Sejak raya haritu lagi sebenarnya, tapi semakin hari, semakin hampir memaafkan dengan sepenuh hati. Syukurlah. Rasa lebih lega dan tenang sekarang. Peace No War  ;)

p/s: membebel ape ntah panjang lebar malam2 ni sampai mengantuk dah mata ni. hehe.gud nite.

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Friday, September 16, 2011

salam 1 malaysia

Penat seharian berjalan sakan hari ini (bukan shopping sakan k) :) .Terubat rindu bila dapat berjumpa dengan kawan2 lama satu uni dulu. thanks Pain, Ain dan Linda. Walaupon tak jadi pergi Jalan TAR sebab hujan, midvaley pon ok kan, sempat juga saya temankan awok2 shopping, ye dop?.hehe. Mungkin juga memang dah ditakdirkan hujan sebab tak bagi saya sakit. Almaklumlah, saya memang fobia dengan tempat yang crowed dan panas tuh.huhu. Tapi tetap happy dapat jalan2 tempat ada aircond tadi. hehe. Happy happy juga, tapi bila dah sampai rumah ni, terpaksa urut kaki yang comel sakit ni.hehe..

***
sempat juga drop beberapa resume tadi, harap2 adala rezeki. ramai orang yang datang midvaley tadi, yela cuti hari Malaysia hari ni . Inilah masanya mereka kluar shopping atau window shopping pon ok.hehe . Budak2 u pon ramai tadi.. junior UKM pon ada. Teringat pula time belajar dulu, kalau hari jumaat cuti memang yahoooo lah sebab dapat cuti panjang la sangat. Tgh syok2 pusing2 dewan fobfair tuh, tiba2 saya terpandang kat sorang awek ni. hehe. dengan bf dia. aiii macam kenal. kalau xsilap dia Amoi Heaxa. tapi memang xsilap lagi.. memang cantikla akak tu. sebelum ni tengok gambar dalam blog dia aje, . tapi tadi xsangka terjumpa dengan dia face to face. tapi dia xpandang saya pon.huhu. So, saya hanya tengok dari jauh jela.hehe.*jobfair kali ini kurang menarik. Tak sehebat jobfair anjuran BN kat pwtc dulu.

***
Boleh tak kalau saya nak kata saya dah semakin matang?huk3..tibe2 aje. Soal jodoh, saya serahkan kepada Allah sahaja. Dia yang menentukan segalanya. Hanya berdoa banyak2, semoga doa akan dimakbulkan oleh-Nya. InsyaAllah, ada jodoh. Tak nak fikir lagi. Sebenarnya Takdela matang sangat.hehe

***

Tanpa saya sedari, saya dah ter'ubah cara saya berblog ,sekarang entry saya more to my personal rutine. Tak kisahla ada orang nak baca atau tak blog saya  ni.hehe. yang penting, ini diari saya. Diari yang ditulis mengikut mood sendiri. hehe.enjois.

***
Selamat Hari Malaysia. ;)

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

tiada tajuk

Salam...ibarat magik.ting!!!!!!!!!skrang saya berada di kl. merantau membawa diri.hehe. Sebenarnya memang berat hati untuk tinggalkan kampung tercinta di Kelantan, tapi hajat di hati ingin mencari rezeki di negeri orang. terpaksa redha. kalau ada rezeki dapat keja kat kelantan, ok jugak, saya pasti akan berangkat ke sana pula.. ;) tapi datang kl pun belum dapat kerja lagi, datang awal sebab nak setelkan banyak urusan di UKM. Sambil2 tu bolehla mencari peluang kerja kat sini. Sambil menyelam minum air la katakan..huhu

****
Setiap kali online, mesti saya ternanti-nanti entry baru daripada dua orang sahabat lama ni. Selalu mengharapkan entry/update daripada diorang sebab saya suka baca blog diorang. Saya pernah jadikan diorang sebagai idola saya sebab saya terlalu kagum dengan kebolehan diorang dari setiap segi. Oleh itu, rasanya tak salah mengakumi seseorang asalkan membawa kebaikan kepada diri sendiri kan? mungkin dengan cara ini mampu mengubah diri saya menjadi insan yang lebih baik.. Tekad dalam hati, saya ingin menjadi seorang insan yang berjaya, berjiwa kental, sistematik, baik, cemerlang dan beriman seperti diorang. InsyaAllah.

****
jom pegi midvalley esok.jumpa di sana k.bye2.wasalam.

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sunday, September 11, 2011

rindu dia

kemanakah si comel ni pergi agaknye arini bersama mamanye?huhu.rindulah.cepatlah balik cyg. mau peluk n cium sama kamooo..hehe
lena betol dia tido..bosannya arini tanpa dia..iqram cyg, i miss u ;)

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

cter ptg sabtu

Petang tadi, lepas majlis rumah terbuka selesai, aku terus tumpang kak ya ke stesen bas dan singgah kedai mak angkat untuk beraya dengan beliau. Time aku masuk kedai emas beliau, ada sepasang bakal suami isteri tengah pilih cincin. Katanya untuk wedding diorang yang akan berlangsung 2 minggu lagi.. auuuuu aku pon turut sama beli cincin  cuci mata tgk diorang pilih cincin tuh. dalam hati, xusah cter, tapi nak cter juga.hehe. "bestnye diorang ni, da nak kawen..dah nak beli cincin.bgusla"...

p/s: tengah tunggu turn aku pula..bila ntah??huhu..auuu cemburu skit2 dengan diorang tuh.xboleh nk cemburu banyak.hihi
gambar: from google ;)

cntiklah cincin2 ni.nak 1 boleh???huuu. gud nite. dah ngantok.jom tido. bye.


Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tuesday, September 6, 2011

cantiknye baju dia




Salam. Sejak mula2 tgk iklan cter jangan tido lagi raya tv3 lagi dah jatuh hati dengan baju mereka berdua ni. cantikla. warna dia memang cantik. my favourite colour..sulaman pon cantik. then, dah set dalam kepala nak tgk slot ni sbb matlamat utama nak sangat tengok baju yang cantik ni. Tapi semalam, pukul 9.30 lagi dah pengsan awal-awal depan tv. hehe. dahsyat betol. tapi nak tgok punya pasal, try search youtube, ehh ada..so, guna snipping tool aje. sempat juga cuci mata tgk baju2 cantik ni.hehe..walaupon seksi skit, tapi mmg sangat cantik. tapi dalam gambar ni, warna dia kurang cantik sbb video yang diupload kurang berkualiti. emm kalau dapat pakai baju mcmni time kawin, mesti best kan?haha

*nanti kawen, nak tema warna ni..eishh gataiii ;)                                                                         Wasalam.                                                     

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wednesday, August 31, 2011

merdeka!!!

Selamat Hari Merdeka yg ke-54. i love Malaysia!

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tuesday, August 30, 2011

salam lebaran

Salam. 

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin kepada semua. Semoga berbahagia selalu di samping keluarga serta insan tersayang di hari yang mulia ini.

Sekian, Wsalam.

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Monday, August 29, 2011

konvo raya..@ Pre-Convocation

Salam, akhirnya aku berjaya juga dapat status konvokesyen@tamat pengajian.Alhamdulillah..ini buktinya ;)



sangat happy sebab 1st time dapat 4 flat..hehe..sempat juga merasa 4flat ni. sebelum ni, macam pelik je kalau aku dapat 4 flat..yelah "4 pelik".hehe. tapi almaklumlah praktikal, mesti kena skor A. rasa nak sorok muka bwah meja kalau xdapat A.hehe.

dengan itu, aku akan konvo bulan depan  : 26 September 2011..insyaAllah.

bestnye da abis study, mmg saat inilah yang aku tunggu2 selama ini..

 dah konvo?hehe.belum.Ini gambar yg diambil tahun lepas. Pre-Convocation la konon..hehe. Pinjam baju konvo senior yang tumpang tido bilikku (kak asma) time tu.sempat juga merasa pakai jubah konvo FSTM ni .tapi nanti aku konvo, xpakai jubah warna ni, tapi warna purple coz FST.i like purple~
 rindunye bukit2 KIY yang tinggi spt bukit Cameron Highland (yela tuu).pemandangan di belakang bilik yang sungguh indah dan tenang. pokok2 yang hijau sejuk mata memandang.. rindunye UKM..
sesi baling helmet  topi ni..mcm pelikje haku..hihi

*tgh mencari kain baju kurung yang sesuai utk pakai time konvo nanti. nak warna purple, tudung nak warna purple muda, barulah sesuai dgn jubah warna purple terang..
*nak juga ada pre convocation pictures ek? nak buat mcmne, gambar pre-wedding lambat lagi..dahulukan pe yang patut.hehe
*nasib baik final result dapat tau before raya, xdala tertunggu2 lagi. sooo kita enjoyy......
*xlena nak tido sbb ptg tadi dah tido banyak. tapi kalau dah tido, mesti susah nak bangun sahur esok kejap lagi..confirm banyak kali ma kena kejutkan aku,.eishh2.xpatut..

Wasalam, sekian.selamat bersahur#

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Monday, August 22, 2011

popia simpulan CINTA, kasih dan sayang

Salam..

Bestnya bila pergi shopping mall, tiba-tiba ternampak pasangan suami isteri sedang shopping sambil si isteri dukung baby yang cumelll..sesekali si suami pla yang dukung baby diorang...sweet married couple..i like~

best juga tengok pasangan suami isteri shopping barangan baby. persediaan utk sambut kelahiran baby diorang. si suami berjalan berpegangan tangan bersama isteri yang tercinta yang sedang sarat mengandung..ohh bahagianya..so sweet~ <3..kalau si isteri belum mengandung pon best juga..sangat romantik..boleh kuar dating bila2 masa dan di mana jua..shopping sama2. makan sama2, minum sama2, ..semua benda buat sama2.he2. dapat enjoy sbb xde anak lagi..dan yang paling penting, memang dah halal.. ;) 

p/s: best dapat cuci mata.  ;) bilala agaknya turn aku pula??sabor jela..

**bila tengok pasangan yang belum kawin kuar dating pla, xbest sangat..x seindah yang yang dah kawin kan..dalam masa yang sama, cemburu pon ada..hehe. emm bestnye diorang ada bf, aku ader??tapi betolkan niat..aku xnak bf, aku nak suami..tapi yang paling penting bukan suami orang okey! ;)

*lari topik nampaknya**sebenarnya sempena hari raya nanti, aku dipaksa buat kuih raya..buat yang paling simple aje.popia------>

inilah dia POPIA SIMPULAN CINTA, KASIH DAN SAYANG aku..yg belum digoreng
 buat kuih ni harus di depan tv k.utk hilangkan bosan.tapi tetap simpul dengan penuh rasa cinta, kasih dan sayang. over!~llalala
inilah yang dah siap digoreng ;) sedap wlpon buruk benor rupanya.hehe.

p/s : semoga ikatan cinta, kasih dan sayang yang bakal terjalin antara aku dengan ??? suatu hari nanti akan tersimpul erat seperti popia ni..wakakaka. wsalam.

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...